Bonggol di lebuhraya. Wajarkah?

30 Jun

Salam satu Malaysia.

Hari ini man rasa hendak bagi pandangan sedikit tentang apa yang man lihat dan fikir. Saban tahun, kita semua mesti akan dengar kemalangan di lebuhraya tidak kira musim perayaan mahupun hari kebiasaan. Pihak JPJ sudah penat meletakan anggotanya untuk memantau pemandu di lebuhraya. Apa, pemandu dinegara ini masih budak-budak lagi ke sehinggakan perlu di pantau sedemikian. Bukan itu sahaja, perlu pula diadakan OPS sikap yang mencatatkan angka kemalangan yang tertinggi. Macam ops lagi yang dibuat. Namun, tetap ada kemalangan di lebuhraya.

Semua ini terjadi disebabkan oleh sikap kita yang terburu, memandu secara melulu dan pelbagai lagi. Bagi man, sikap dengan perangai orang memang sukar untuk diubah. Hanya tuan punya badan sahaja boleh mengubah diri sendiri yang sememangnya degil itu. Pengguna lebuhraya begitu gah membawa kenderaan masing-masing dengan lajunya tanpa memikirkan keselamatan. Baik kenderaan kecil mahupun yang besar. Semuanya bawa seperti gila.

Tempoh hari, ketika man tengah layan bawa moto kesayangan bersiar-siar. Man ada melalui beberapa bonggol di atas jalan raya. Punyalah panas hati ini, sudahlah kena bawa perlahan lepas tu, sudah macam naik kuda. Peh, panas-panas. Tetapi, selepas itu man pun fikir balik. Elok juga ada bonggol, untuk keselamatan dan Bukan saja-saja mereka buat itu semua.

Alangkah bagusnya jika ada bonggol di lebuhraya. Dengan ini, jumlah kemalangan dapat dikurangkan. Bukan itu sahaja, dapat mengesan pemandu yang laju. Kalau pemandu yang tidak tahu tentang bonggol itu, mesti main redah je bonggol tu dengan lajunya. Oleh yang demikian, pemandu itu akan terima padahnya sendiri.

Itu semua hak dorang jikalau hendak buat atau tidak. Ini semua tentang apa yang aku fikirkan untuk mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia tanah air tercinta.

 

 

 

2 Responses to “Bonggol di lebuhraya. Wajarkah?”

  1. Jalut July 1, 2011 at 5:29 pm #

    Hai.. saya tak tau la macam mana.. biasanya pengguna wordpress ni dia guna hosting berbyar dan domain.. .. jarang guna url dari worpress.com macam ni…… sebab kalau wordpress rumit sikit..sebab tuh ramai pakai blogspot .. free dan mudah.. mungkin awak boleh tanya mereka ni..

    http://www.facebook.com/malaysiawordpress
    http://www.facebook.com/saywootwoot

    • sukacuka July 1, 2011 at 11:44 pm #

      Thnks alot..
      hppy blogging

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: