Bila Najib minta bantuan PBB untuk Gaza.

28 Jun

Geli hati bila Najib, perdana menteri Melaysia minta bantuan PBB. Bukan geli hati dengan apa yang dilakukan oleh PM kita, tapi geli hati dengan PBB. PBB atau bahasa lainnya ialah Persatuan bangsa-bangsa bersatu. Bantuan yang diharapkan oleh PM adalah untuk Palestin sebuah negara yang diancam ketat oleh israel durjana. Sedia maklum, Palestin telah lama dihalang kemajuannya kerna disekat oleh israel.

Ban Ki- moon merupakan setiausaha agong PBB di mana tempat perdana menteri kita meminta bantuan. Saya yakin, PBB tidak akan mengendahkan bantuan yang diminta oleh perdana menteri kita. PBB tidak ubah seperti anjing israel yang selama ini melakukan kekejaman terhadap Palestin dan PBB hanya membutakan mata memekakkan telinga dan menganggap tindakan isreal itu untuk mempertahankan negara mereka. Tidak masuk akal jika mereka berkata begitu, ini kerana isreal merupakan negara yang tidak pernah merdeka dan tidak disokong kewujudannya diatas muka bumi ini. Mereka dengan sewenangnya menceroboh Palestin dan mengistiharkan mereka sebagai sebuah negara dan hanya disokong oleh anjingnya iaitu amerika.

PBB yang sepatutunya mendengar suara setiap ahlinya bagai lembu dicucuk hidungnya dan hanya arahan dari amerika sahaja di laksanakan. Lebih baik negara ahli yang lain tidak berbumbungkan dengan persatuan yang tidak adil dan penuh dengan kekejaman ini. Disini saya senaraikan piagam PBB yang ibu pejabatnya terletak di new york :

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

  • untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan
  • untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan
  • untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan
  • untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas,

DAN UNTUK TUJUAN INI

  • akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
  • akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan
  • akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
  • akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,

MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA DAPAT MENCAPAI MATLAMAT INI.

Ibu pejabat PBB di new york

Jika diamati dengan teliti apa yang terkangdung didalam piagam di atas, PBB seharusnya menjaga keamanan dan keharmonian sejagat. Tetapi, apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, PBB menghalalkan perperangan, penindasan yang sememangnya jauh terpesong daripada piagam yang hanya sebagai penyedap untuk menarik ahli baru agar kewangan mereka dalam keadaan stabil.

Tindakan isreal membina tembok disepadan palestin menunjukan bahawa israel kejam dan sanggup menyekat kemajuan palestin. Beribu-ribu rakyat palestin dibunuh dengan sewenangnya dan ada yang diseksa manakalah kaum hawa ditangkap dan dirogol tanpa belas kasihan. Tidak cukup dengan itu, israel juga menyerang kapal bantuan yang ingin disampaikan kepada palestin walaupun telah diumumkan apa yang terdapat diatas kapal tersebut.

Andai 1 peluru masuk ke israel, 100 yang dibalasnya. Jika 100 peluru masuk ke israel, 1000 tentera diarahkan untuk menyerang sebagai tanda keangkuhan mereka.

Dimanakah peranan PBB yang cukup sekadar sampah. Kita dimampu untuk bersama-sama berjuang dengan pejuang Palestin tapi marilah kita sama-sama berdoa untuk kebebasan tanah Palestin. Hanya itu yang mampu saya suarakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: