Kini aku benci mat-rempit.

24 Jun

Terus terang saya katakan, aku tersangat-sangat benci mat-rempit. Pabila ada motosikal, diubah segalanya semata-mata untuk dipandang tinggi oleh orang lain. Apa guna semua itu? anda Hanya dapat cacian, makian dan dipandang hina oleh orang lain. Patutkah pakaji yang bawa motor dikampung untuk pergi ke masjid digelar mat rempit.? Apa bila filem rempit ditayangkan, bagai mengajak anak muda untuk merempit sahaja. Walaupun ada nilai sebaliknya dari filem tersebut, tapi saya yakin anda muda tidak akan mengambil nilai-nilai murni tetapi nilai negatif yang ditiru pakai. -AKU BENCI MAT REMPIT-

Cuba anda buat kajian kepada orang ramai, tanyakan soalan tentang mat-rempit. Apa jawapan yang anda akan dapat. Motor, bawa laju, buat bising dan lain-lain lagi. Saya juga menggunakan motor. Tapi saya digelar mat-rempit walhal saya tidak bawa motor dengan laju mahupun melulu. Paling laju pun, 80 km/h. Paling laju aku pernah bawa, 100 km/h. Itu atas sebab aku lambat untuk pergi ketempat kerja. Lagi satu, membuat bising dengan ekzos yang telah diubah suai. Ini perkara yang aku cukup tidak gemar. Sudahlah berada dikawasan kampung, guna pula ekzos yang bunyinya mengalahkan bunyi kapal terbang. Macamlah dia sorang sahaja yang ada motor.-AKU BENCI MAT REMPIT-

Dari segi pemakaian pula. Mat-mat rempit ni, pakaian dia punyanyalah serabut koyak sana,koyak sini. Pakai biasa-biasa sudah. Saya rasa, anda sendiri akan dapat mengenal pasti mat-mat rempit jika berada di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, pemakaian mereka juga menjadi kebiasaan untuk ke mana-mana program mahupun majlis. Kalau pergi kemajlis agama, pakailah pakaian yang sopan. Baru kena dengan program. Buat malu mat-mat rempit yang lain sahaja. -AKU BENCI MAT REMPIT-

Cara pemanduan yang bahaya juga dikaitkan dengan pengguna motor hingga menyebabkan kecelakaan. Tapi saya dan orang lain yang mengunakan motor sebagai kenderaan untuk mencari rezeki tidak melakukan semua itu. Anda tunggu sahaja musim perayaan. Bila diadakan Ops sikap, pengguna motosikal merupakan penyumbang kemalangan paling tinggi. Sedih aku bila dengar berita, ada sahaja kemalangan tentang pengguna motosikal. Saya nyawa anda, nyawa tidak boleh dijual beli. -AKU BENCI MAT REMPIT-

Mat rempit juga gemak melakukan aksi yang sangat merbahaya. Jikalau terhadap diri sendiri, tidak mengapa tetapi terhadap orang lain. Orang lain yang tidak bersalah pun jadi mangsa. Apa salah mereka? -AKU BENCI MAT REMPIT-

Mat rempit juga kaitkan dengan gejala sosial. Ada sahaja masalah mereka. Bukan hanya diatas jalan bahkan diatas katil juga. Ada mat mat rempit ini melakukan kekejaman terhadap kaum hawa. Melakukan perkara yang sangat-sangat dimurkai. Selain itu, matrempit di kaitkan dengan gejala ragut. Mentang-mentang ada motor laju dan kawalan motor yang bagus,  sesukahati mak kau sahaja untuk melakukan perkara-perkara itu semua. Disamping itu, mat rempit juga dilabel sebagai vandalisme dengan merosakkan harta awam mahupun harta persendirian. Anda tunggu sahaja pembalasannya wahai mat rempit sekalian. -AKU BENCI MAT REMPIT-

Kepada mat rempit semua. Ada tempat yang telah disediakan untuk anda. Untuk berlumba, ada banyak litar untuk anda menunjukkan kelajuan anda. Jika anda gemar melakukan aksi, Ada kawasan lapang yang boleh anda lakukan. Janganlah dilakukan diatas jalan raya. Dari segi pemakaian pula, memang ada pakaian untuk berlumba. Pakaian yang dapat melindungi diri anda dari luka. Kalau yang biasa-biasa, tolong yang senonoh sedikit. Pakaian melambangkan seseorang. -AKU BENCI MAT REMPIT-

 

2 Responses to “Kini aku benci mat-rempit.”

  1. Maryam Mardhiah June 24, 2011 at 7:13 pm #

    ha….entri yang ni aku suke.haha…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: