Siapa teman kita tidur?

22 Jun

Memang menjadi soalan jika baca tajuk diatas. Tapi tidak mengapa, segalanya akan saya rungkaikan sebentar lagi. Apa yang akan saya post hari ini memang jauh sekali tentang manusia atau haiwan dan jauh sekali hantu, yang lebih dikenali sebagai makhluk halus. Sebenarnya, setiap hari semasa kita tidur, kita ditemani dengan beribu ataupun berjuta-juta kuman, hama dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Ini semua boleh menudaratkan kesihatan kita.Semua ini berpunca dari ;

1. Cadar dan sarung bantal.

Memang dua benda ini yang akan berada diatas katil kita disamping benda lain yang tidak sepatutnya. Terutamanya remaja, kadang-kadang cadar dan sarung bantal yang digunakan jarang sekali ditukar sehinggakan ‘makan tahun’ baru terlintas di kotak pemikiran untuk menukarnya. Cadar dan sarung bantal perlu ditukar lebih kurang 2 minggu sekali atau yang lebih rajin dan menjaga kesihatan, seminggu sekali. Ini bagi mengelakkan bakteria terus merebak dan menjangkiti diri anda.

2. Pemilihan fabrik cadar dan sarung bantal.

Seelok-eloknya, pilihkah fabrik yang nipis. Jika fabrik yang digunakan nipis, ianya akan memudahkan anda untuk mencucinya dan untuk mencucinya, gunalah air panas untuk mematikan kuman ataupun hantar sahaja ke dobi. Bukankah lebih senang. Tapi keluar sedikit duit.

3. Penggunaan minyak wangi.

Alahai manusia. Jika hendak tidur, tidak perlu pakai minyak wangi,bedak dan benda-benda yang lain tu. Tiada sesiapapun yang ingin menghidu tubuh anda ketika anda tidur. Bahkan, jika anda sudah berumahtangga, suami anda akan berkata, ‘membazir itu semua’. Benda-benda itu semua akan melekat pada cadar anda dan akan terbentuk satu organisma yang boleh memudaratkan kesihatan anda.

4. Peluh.

Ini memang menjadi kebiasaan samada orang yang baru balik kerja ataupun yang baru pulang bersenam atau yang paling teruk, tah kemana anda berjalan kemudian berpeluh dan terus terlentang atas katil. Peluh anda akan diserap cadar katil anda dan anda bayangkanlah dengan apa anda baring.

5. Penyakit kulit.

Jangan benarkan orang yang mempunyai penyakit kulit, tidur diatas katil anda. Jika ada, gunakan bahasa yang sopan untuk menghalau. Tidak sekali-kali menggunakan bahasa kesat. Jika anda membenarkan orang yang mempunyai penyakit kulit itu tidur dikatil anda sebab takut dikhuatiri dijangkiti penyakit kulit juga.

Itu belum dicampur dengan air liur yang korang hasilkan ketika tidur. Oleh yang demikian, jagalah kebersihan katil anda untuk mengelakkan anda dijangkiti penyakit yang tidak diingini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: