Persepsi aku tentang PEKIDA.

22 Jun

Salam keunggulan, Salam kebahagiaan. Baru-baru ini dunia hiburan berlaku sedikit kecoh tentang kes saman menyaman oleh pihak Pekida. Pada mulanya, saya sedikit terkejut bila terdengar cerita itu. Mana tidaknya, bila masa pula Pekida buat filem atau yang seangkatanya. Tapi apa yang berlaku, jauh dari tanggapan saya. Pihak Pekida ingin menyaman Skop production dan Metrowealth yang merupakan dua nama besar didalam industri perfileman tahah air kita iaitu Malaysia.

Atas sebab apa boleh berlakunya perkara sebegini? ini disebabkan oleh rasa tidak puas hati dan rasa terhina oleh pihak Pekida atas pembikinan filem KL Gangster yang diterbitkan oleh Skop production dan filem Kongsi terbitan Metrowealth.

Saya difahamkan, penyamanan keatas Skop production yang telah menerbitkan filem KL Gangster arahan Syamsul Yusuf disebabkan penggunaan nama panggilan yang saya sendiri malas hendak senaraikan. Takut, jika disenaraikan juga akan disaman. Manakala keatas Metrowealth yang telah menerbitkan filem Kongsi arahan Farid Kamil, disebabkan penggunaan nama tempat atau nama lain yang merupakan tempat kuat Pekida.

Saya rasa, Pekida bagai ingin menjatuhkan maruah orang melayu sendiri. Melakukan sidang media secara terbuka. Apa semua ini? ingin mencari pubisiti atau apa? Sepatutnya pihak Pekida buka sedikit kota pemikiran. Rasanya tidak perlu untuk melakukan sidang media. Susah sangatkah untuk berjumpa pihak yang berkenaan dan berbincang secara baik.?

Ini semua cukup memalukan. Lebih banyak perkara yang perlu diambil berat dari perkara sebegini rupa. Oleh sesiapa yang belum tahu apa yang dimaksudkan dengan Pekida, Pekida merupakan singkatan bagi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia. Dari nama pun kita semua sedia maklum. Cukuplah peristiwa apabila awie ini menyaman ayahanda Pekida atas sebab yang tertentu.

Dizaman yang sebab moden ini, Pekida harus menyediakan perancangan untuk memajukan pertubuhan ini sendiri. Bila cakap pasal Islam, mesti ingat Melayu. Bila cakap pasal Melayu, mesti ingat Islam. INi semua memang tidak boleh dipisahkan. Apa tindakan yang telah dilakukan.?

Contoh yang paling jelas apabila berlaku pilihanraya masjid di Pulau Pinang. Ini semua tidak sepatutnya berlaku. Perlu ke pilihanraya sebegini? selama ini tidak perlu pun. Inilah jadinya bila pemikiran dijajah. Dimaklumkan juga, di Selangor telah ada yang lakukan sebegini. Saya begitu musykil dengan apa yang mereka fikirkan. Ini semua akan menyebabkan perpecahan dikalangan umat Islam. Kita kemasjid untuk melakukan ibadah bukannya untuk berpuak-puak dan menjatuhkan sesama sendiri.

Di Pulau Pinang juga, difahamkan ada pihak yang yang mahu menghapuskan kesan sejarah Melayu-Islam. Ada banyak rumah ibadat dan bangunan yang bercirikan Melayu-Islam tidak diberi perhatian oleh pihak yang berwajib. Mana tidaknya, orang melayu Islam sendiri telah berpecah belah. Memang tiada tindakan yang akan diambil dan mereka yang berlainan agama akan tersenyum lebar menyaksikan perpecahan sesama kita.

Ketika diri ini merajinkan diri untuk membaca suratkhabar. Terlihat pula gambar ini. Mereke sanggup tidak memakai pakaian istiadat ketika sidang pembukaan DUN. Mereka menjelaskan bahawa tidak sanggup untuk memakai songkok atas sebab songkok begitu sinonim dengan orang Islam.

Apa yang berlaku semua ini, menjadi tanda tanya kepada diri ini. Apa tindakan Pekida. Takkan hanya berani dengan bangsa sendiri ataupun agama sendiri. Lakukan sesuatu untuk agama. Jangan hanya gah sekadar nama. Jangan orang lain melabelkan pertubuhan ini sebagai pertubuhan pengganas,kaki pukul gangster dan sebagainya. Oleh yang demikian, Harap pihak Pekida boleh bertindak dari sekarang sebelum terjadinya sesuatu yang tidak disangka. Pekida juga seharusnya berkuasa dalam bidang ekonomi dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak bangsa dan agama sendiri.

Semua yang tertulis diatas, datang dari kotak pemikiran saya sendiri. Tiada paksaan mahupun desakan. Ini semua untuk kebaikan bukan keburukan. Untuk kemajuan bukan kejatuhan. Harap jadi iktibar. 

2 Responses to “Persepsi aku tentang PEKIDA.”

  1. hensem la jugak :) June 25, 2011 at 5:19 am #

    pehal lak ada muka binatang ber ‘towel’ lak ni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: