Cara menyapu dan mengemop lantai. ( Tutorial )

21 Jun

Hai guys. Pagi-pagi buta yang hening ini terlintas pula untuk menulis benda ini. Entah kenapa secara tiba-tiba sahaja. Mungkin aku teringat tentang apa yang aku lihat dulu. Terkejut juga aku bila tengok anak muda tidak tahu menyapu lantai dan mengemop. Alahai anak-anak bangsa yang akan mewarisi negara. Perkara mudah anda tidak pelajari,bagaimana untuk anda pelajari pekara yang susah.

Menyapu merupakan perkara yang sangat mudah disamping dapat melakukan sedikit senaman bagi orang yang malas senam. Cara menyapu dengan betul adalah ;

  1. Anda berdiri ditempat anda ingin memulakan sapuan.
  2. Bila anda bergerak, pastikan anda bergerak kehadapan, bukannya berundur.
  3. Elakan memijak tempat yang belum disapu.

Tersangat mudah untuk menyapu. Tetapi, anda perlu berlatih untuk mengerakkan pergelangan tangan anda. Ini kerana, jika anda menyapu dibahagian kanan dan ingin menukar kebahagian kiri, anda hanya bermain dipergelangan tangan tanpa menggerakkan seluruh tubuh. Selesai anda menyapu, kumpul semua sampah ( sampah besar kutip dahulu ) dan gunakan penyodok sampah untuk menyodok semua sampah yang kecil dan susah dipunggut.

Selesai menyapu, mesti kena mop pula untuk menyerikan lagi lantai yang tidak seberapa seri itu. Kalau menyapu, kita memerlukan penyapu dan penyodok. Bagi mengemop pula, kita perlukan mop dan air sabun yang sesuai untuk lantai anda. Cara mengemop yang betul adalah ;

  1. Basahkan mop anda dengan air sabun yang telah disediakan.
  2. keringkan sedikit mop tersebut. ( mesti baldi tempat sabun anda ada tempat pengeringnya ).
  3. Mula mop dari hujung ke hujung dengan cara berundur. Berlainan dengan menyapu.
  4. Biarkan lantai anda kering, baru boleh dilalui.

Bagi saya, cukup geram jika tempat yang saya mop dipijak orang yang berkasut ataupun berkaki kotor. Tidak salah jika tunggu untuk kering sedikit. Jika ingin mop air yang tertumpah, tidak perlulah dari hujung ke hujung. Cukup hanya mop ditempat air yang tumpah itu sahaja.

Harap dengan apa yang dikongsi boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang tidak pernah menolong untuk mengemas dirumah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: