Gerhana Bulan dan Maafkan saya.

16 Jun

Rasa sunyi pula blog ini bila tidak ber’updated’. Maaf sangat-sangat sebab agak lama tidak post sesuatu. Bukan sengaja tidak tulis, disebabkan perkara personal yang lagi penting dan kesibukkan kerja yang menyebabkan diri ini tidak bermaya untuk menaip tentang apa yang sedang difikirkan. Ok, kita teruskan hidup walau bagaimana susah untuk kita hadapi.

Korang da tengok home page google hari ini ? Sangat-sangatlah COOL. Hari ini ada Lunar eclipse. Sebab itu aku suka sangat google. Kalau tak tau something, google je lar.

Fasa kejadian gerhana bulan.

Bercakap tentang gerhana bulan. Bagaimana gerhana bulan terjadi? Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan dalam barisan yang sama atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

Gambar diatas ini yang selalu korang tengok bila belajar sains masa sekolah dulukan. So, siapa-siapa yang lupa tu. Pergi tengok balik buku teks atau buku rujukan. Tak membazir jikalau tengok 2 3 minit.

Selain itu, pabila berlakunya gerhana bulan kalian semua disunatkan untuk melakukan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan. Sangat menarik fenomena ini. Ini bukti Maha Pencipta.

#Kejadian gerhana bulan dikatakan akan berlaku di Malaysia, bumi bertuah ini sebanyak 2 kali. Kali pertama, pada 16 jun 2011 ( awal pagi tadi ) dan akan berlaku lagi pada bulan disember nanti. Kita sama-sama nantikan.

2 Responses to “Gerhana Bulan dan Maafkan saya.”

  1. Maryam Mardhiah June 22, 2011 at 1:57 pm #

    Lol.kau rupenyer…hahaha…..anyway,mane nak follow?Takde pon tempat nak follow…

    • sukacuka June 22, 2011 at 3:33 pm #

      ada je kat bawah setiap post aku..before comment click je.. ada 2 pilihan. nak pilih 2 2 pown boleh.. bawah sekali.

Leave a comment