Oh Pemimpin dan Barcelona.!!

29 May

Peh, gua kat umah tengok rancangan bodoh yang disiarkan tv yang kononnya nombor satu.

Peh.!!!! Geram plak rasanya. Pemimpin nombor 1 negara cakap dekat perhimpunan 1juta belia, malam ni semua tengok tv jam 3. Ada perlawanan akhir bola sepak liga juara-juara eropah antara Barcelona menentang Manchester United. Gua ingat ingat ada lar siaran langsung dekat tv samaada tv3 mahupun rtm. Tapi hampeh. Habuk pun tak de (yela rumah gua bersih, habuk tak de la). Patutnya, sebelum Tuan Najib cakap macam tu, kena check dulu ada siaran langsung ke tak. Come on la, tak semua rumah ada Astro ye. Gua rasa da kena kencing je. Haram jadah betul la. Yang tv3, dulu bukan main tayang lagi. Tapi sekarang, tayang cerita Indonesia yang merapu meraban merepek je la. Konon saluran nombor satu. Puih.!!

Bukan senang nak hilangkan panas ni. Bapak gua yang sanggup bangun jam 4 pagi pun hampa habis. Walaupun game start pukul 3 tapi ada semangat nak tengok. Next time, harap perdana menteri,  prihatin la sikit ye. Masih ramai yang susah. Apa guna RTM tu. Apapun, perhimpunan 1juta belia tu memang bagus diadakan. Tahun depan, 2juta plak. Kalau boleh, ajak belia negara jiran tak pun 1 dunia. Silap hari bulan, bukan 1 juta. Tapi 10 juta.

Mengenai final malam tadi pula, Tahniah buat Barcelona kerana masih mempertahankan kejuaraan 2 tahun lepas. Barcelona menumpaskan Manchester United dengan jaringan 3-1 di stadium Wembley.

dua orang pun slamber yeye.

Kepada peminat Manchester tu. Banyak-banyak bersabar. Tahun depat boleh cuba lagi. Kalau tak dapat tahun depan, 2 tahun lagi pon boleh.

Kalau korang nak tengok highlights perlawanan ni, boleh click sini.

Barcelona julang trofi Liga Juara-Juara Eropah

2011/05/29

LONDON: Barcelona menjulang trofi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah selepas menumpaskan Manchester United 3-1 pada final di Stadium Wembley, sebentar tadi.

Gol kemenangan Barca diperoleh menerusi David Villa pada minit ke-69 dan penyerang Argentina, Lionel Messi pada minit ke-54 selepas kedudukan terikat 1-1 tamat separuh pertama.

Barca mendahului pada minit ke-27 menerusi Pedro Rodriguez sebelum Wyane Rooney menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

sumber, www.bharian.com.my 

Thanks khaihassan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: