Etika batuk dan bersin.

24 Jun

Jangan anda semua pandang remeh dengan perkara yang akan saya ulaskan disini. Ini merupakan satu kebiasaan bagi kita untuk tidak menutup mulut ketika besin mahupun batuk.  Setelah anda baca ini, tanamkan azam untuk tidak menyebarkan kuman yang boleh mendatangkan penyakit baik terhadap diri sendiri mahupun orang lain.

Penyakit sistem pernafasan yang teruk seperti Sars,tibi ataupun influenza boleh merebak melalui batuk atau bersin. Penyakit seperti ini boleh merebak dikawasan tumpuan ramai. Namun begitu, anda semua boleh menghentikan penyebaran kuman semasa sakit dengan ;

  • Pakai pentutup mulut dan hidung. sekarang ni sudah ada bermacam-macam corak.
  • Palingkan muka dari orang atau makanan ketika batuk ataupun bersin. jangan pergi bersin atau batuk dekat orang lain. Kena penampar nanti.
  • Gunakan tisu ataupun sapu tangan ketika batuk atau bersin dan buang kedalam bakul sampah. Jika tiada pilihan, guna lengan baju atau skaf dan jgn bersentuhan dengan orang lain sehingga pakaian tersebut dibasuh.
  • Elakan pergi kekawasan sesak dengan orang ramai.
  • Jangan kongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain.

Bagaimana pula untuk mengaja kebersihan diri. Senang sahaja, basuh tangan dengan sabun dan air bersih atau cecair antiseptik. Bila pula masa untuk cuti tangan.? Basuh tangan bila anda ;

  • Menyentuh bahan mentah
  • Permukaan tercemar.
  • Muka.
  • hidung.
  • Telinga dan anggota badan yang lain.

Bukan itu sahaja. Anda juga perlu basuh tangan selepas ;

  • Keluar tandas.
  • Menyediakan makanan.
  • Sebelum makan.
  • Ketika tangan anda kotor.

Bila tulis artikal ini, rasa macam doktor pun ada. anyway, Thanks sebab baca. Saya harap, anda semua akan terus membaca apa yang akan saya tulis sebelum dan selepas ini. Terima kasih sekali lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: